PENERAJU KECEMERLANGAN KOPERASI

Monday 21 January 2013

JAWATAN KOSONG GABUNGAN KOPERASI PERTANIAN NEGERI PERLIS BERHAD

JAWATAN : PENGURUS KOPERASI

KEKOSONGAN : 1 JAWATAN (LELAKI SAHAJA)

TANGGUNGJAWAB DAN DESKRIPSI TUGAS:
• Melapor dan bertanggungjawab kepada Anggota Lembaga Koperasi
• Membantu memantapkan tadbir urus koperasi dan memajukan aktiviti koperasi
• Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan koperasi
• Menguruskan kewangan dan penyediaan akaun koperasi
• Mengurus perjalanan projek yang sedang dan akan dilaksanakan /aktiviti koperasi
KELAYAKAN:
• Warganegara Malaysia / anak tempatan Negeri Perlis
• Lelaki sahaja.
• Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Diploma yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
• Keutamaan graduan Diploma UiTM dan UPM dalam bidang pertanian dan ternakan.
• Berminat dalam bidang ternakan ayam.
• Gaji permulaan RM1,000.00 dan Elaun (tempoh percubaan)
• Tempoh percubaan 6 bulan
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Permohonan boleh dihantar kepada :
Pengarah
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis
Tingkat 4, Bangunan Persekutuan
01000 Kangar Perlis
No.tel : 04-9761009
2. Sila sertakan resume, sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan sijil Diploma, lain-lain Sijil Akademik yang berkaitan dengan bidang ternakan dan nyatakan nombor telefon bimbit untuk dihubungi .
3. Anak-anak anggota Koperasi dan penduduk setempat digalakan memohon.
4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
5. Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2013
6. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

No comments:

Post a Comment